secret garden commentary

Assalamualaikum...........


hi hari ni just nak kongsi something yang saya jumpa kat youtube pada bloggers yang minat drama secret garden. Secret garden commentary......

     secret garden commentary part 1/6

Secret Garden Commentary part 2/6


Secret Garden Commentary part 3/6


Secret Garden Commentary part 4/6


Secret Garden Commentary part 5/6


Secret Garden Commentary part 6/6

Enoy the video dee....:)

sorry to say this

Assalamualaikum.........


Suddenly aku rasa sedih tak tau lah kenapa aku rasa macam ditinggalkan dan disishkan oleh someone...and they try to make an excuse for that. Kenapa tak beritahu hal yang sebenar bukan nya aku nak sangat pun l**** dengan that someone..whatever.... i just doing my best here so that you guys tak terasa dengan perbuatan aku and that's why i keep smiling in front of you guys walaupun aku akui kadang2 aku rasa tak gembira but still aku tak nak dorang kata aku sombong, lupa kawan and that's why bila aku rasa aku dah makin jauh dengan dorang aku akan dekat kan diri...sorry to say this but still i will keep smilling in front of u guys pretend that i'm happy because i don't want our friendship disappear..................



the world not revolve around you

Assalamualaikum....

Realize that the world not revolve around you
it connected to other people
do not care just about yourself
but let your mind to think about other people
because the world is actually small darling
it just one part of the galaxy
you do not know where your fate will lead you on
life your life and spread your wing
do not scare to see the world
do not scare to touch the sky above you
believe in what you mind have to offer
because in the end the success that you achieve
taste as sweet as victory
that's how your life your life


p/s: tiba2 je terasa nak bemadah sikit haha


website2..........

Assalamualaikum


Hari ni aku nak luah kan rasa tak puas hati aku dengan internet or maksud aku sesetengah website yanng aku lawati. so aku memang suka tengok video or whatever and aku selalu terlepas rancangan favourite kat tv so aku akan catch up balik dalam internet tapi susah betul nak cari laman web yang ada sediakan benda macam ni kalau ada pun mesti kualiti nya tak bagus and video nya tersekat2 kalau dah macam tu memang tak seronok lah kan nak tengok


Setahu aku setakat ni ada 2 je laman web yang hidang kan rancangan tv tanpa tersekat-sekat  or terhenti-henti and free cuma perlu sign up je iaitu maadu.com yang sediakan cerita2 korea and tonton tv.com yang paparkan rancangan tv yang ada kat tv sekarang so orang yang dah terlepas tu boleh lah catch up balik tak tengok tv pun tak pe


tapi sampai sekarang aku masih belum jumpa website yang berkonsep kan anime ada tu memang ada tapi video nya asyik tersekat je malas lah aku nak tunggu die loading penat sih...


lebih baik aku beli dvd je takda lah penat aku nak tunggu2


p/s:tapi dvd kena keluar duit pulak haha

buat sendiri atau beli

Assamualaikum........


hari ni aku shopping sakan sampai habis rm 104 ringgit hanya beli makanan je..hebat2 aku pun tak tau apa yang aku beli bila aku tengok2 balik tak de lah bayak sangat plastik barang aku cuma ada 4 termasuk tin biskut munchy's topmix...pape pun ni semua bekalan aku untuk sem 2 nanty  ye lah aku ni memang cepat rasa lapar especially waktu malam...eating is my passion


by the way tadi my mommy sempat lah beli kek coklat yang dah siap tu harga nya tak sampai pun rm 10 murah and boleh tahan sedap lah tapi kalau nak dibanding kan kek kat hotel tu memang kalah lah kan ni kek biasa je. so bila kitaorang balik rumah  my mom pun potong kek tu and kitaorang start makan and my mom pun start lah cakap yang beli kek ni lagi senang dari buat beli je dah siap balik rumah boleh terus masuk mulut tak yah susah2 beli barang 2 buat kek yang mahal ye lah cuba korang pikir kalau nak buat kek banyak bahan sebenar nya yang kena ada contoh nya tepung, telur, gula, tepung naik sendiri and bayak lagi kalau korang campur harga nya pasti lebih mahal dari beli je kek yang dah siap kan..


Mungkin sesetengah orang akan cakap yang bahan2 lebih buat kek tadi boleh simpan and boleh guan lain kali tapi jarang kan maksud aku jarang lah kita nak buat macam tu kalau makanan macam kek ni selalu nya kadang2 je kita buat or ada special event terutama hari raya kalau tak jarang lagi pun sekarang ni orang sambut birthday pun beli kek kat kedai je senang cite.


Tapi mana kepuasan nya ya lah orang kata kalau kita buat sesuatu tu hasil titik peluh sendiri mungkin rasa nya lebih sedap and bermakna tapi tu mungkin bagi orang yang rajin masak orang yang tak sibuk tapi bagi orang yang kena kerja 6 hari seminggu and ada anak keliling pinggang rasa nya agak sukar bagi mereka untuk ada comitment untuk memasak mungkin sekali sekala dorang akan try resepi baru or masak untuk family dorang tapi semua tu begantung pada timing yang sesuai


apa2 pun masak ke or beli aku rasa semua tu bergantung pada individu tu sendiri. Bagi aku beli ke or masak ke sama je janji perut or taste but kite tu dapat dipenuhi yang penting kita puas dengan pilihan kita tak de lah kempunan nanti.

Korean drama SECRET GARDEN

Assalamualaikum................


aku ni bukan lah peminat tegar korean tapi kalau ada lagu yang menarik or cerita menarik aku memang layan habis...aku minat big bang, beast and girl generations.. tapi kalau ada group lain yang bawak lagu sedap2 aku layan je.. senang kata kau ni tak memilih........cerita korea yang aku layan tengok lah camne aku tak suka sangat cerita air mata ni so aku banyak layan cerita yang memang popular like full house, princess hour, coffee prince and oh ye boys over flower.. banyak lagi sebenar nya tapi baru2 ni cerita yang jadi fenomena yang aku rasa memang best lah dari cerita2 yang korea pernah ada sebelum ni SECRET GARDEN...... siapa yang dah tengok angakt tangan and kalau aku kata ni lah cerita yang paling2 best dari korea sekarang ni maksud aku abad ni korang setuju tak??


Sebab bagi aku cerita nya memang berlainan simple and sweet tak meleret sangat just simple tu yang membuat kan aku dah tengok 2 kali and rasany macam nak tengok lagi haha begitu lah penangan cerita ni...


Bagi sape yang belum tengok jangan nak kutuk2 ya sebab kalau korang dah tengok grenty korang akan setuju dengan entry aku ni... bukan senang nk cari cerita yang mempunyai plot yang menarik, pelakon yang i mean memang pandai berlakon(hyun bin and ha ji won) kalau korang memang peminat korean korang mesti kenal hyun bin ok dia masih 23 tahun masa dia bawak watak hyun ji- heon dalam cerita yang agak sweet and popular MY LOVELY SAMSOON dia lah hero dalam cerita tu, the reason why aku cakap yang hyun bin ni memang good actor sebab aku rasa masa aku tengok balik drama MY LOVELY SAMSOON ni aku rasa macam aku tengok orang lain dari orang yang bawak watak kim joo woon dalam SECRET GARDEN mungkin masa tu dia masih freshy lagi tapi entah lah aku rasa dia memang just in into that character... such a wonderful actor, and satu lagi kalau korang tengok cerita korean korang mesti akan like ost dorang kan and dalam secret garden aku rasa semua ost dia memang best, back ground music pun memang best sampai aku pun akan nyanyi sama haha tambahan pulak hyun bin sendiri ada nyanyi kan satu lagu ost bertajuk THAT MAN dalam cerita ni..kalau korang nak dengar ni link nya...and satu lagi ending dia memang menarik plus scene2 yang menarik..tempat dorang shoot drama ni pun memang lawa habis...


pada sapa yang dah tau cerita ni pasal apa mesti tertarik nak tengok tapi pada yang tak tau ni sedikit info berkenaan cerita ni ...nak dikatakan cerita ni memang kelakar bila tengok si hero cuba pikat si heroin walaupun si heroin dah annoyed gila kat si hero, and kelakar bila dorang betukar badan serious kelakar bila tengok hyun bin berlakon sebagai perempuan, geli pun ada..dia memang cute dalam cerita ni


cerita ni ada 20 episod semuanya tak termasuk special episode....kenapa aku kata cerita ni popular sebab dah jadi ikutan orang korean untuk buat parody pasal cerita ni (lakon semula) antara artis yang buat ialah big bang..memang kelakar tengok g dragon bawak watak gil ra im...dorang jugak akan buat satu scene yang memang popular dalam cerita SECRET GARDEN  ni iaitu sit up scene memang the best scene dalam cerita ni kalau nak tau apa sit up scene ni go search in youtube.....


pape pun aku rasa cerita ni memang best and fun.. drama terbaik korean setakat ni.... bila lah dia nak tayang kat Malaysia .... tapi mesti tak lama lagi kot...so kita tunggu je lah..have fun watching it


                            

kawan muka buku

Assamualaikum..............


ok aku nak tanya korang...berapa ramai kawan yang korang ada dalam facebook?  Mesti ramai kan munkin ada yang dah mencecah lebih dari 500 orang....tapi aku bukan nk tanya berapa banyak kawan laman sosial yang korang ada tapi persoalan nya sekarang korang kenal ke semua kawan2 korang kat fb tu? maksud aku dengan kenal tu bukan nya korang tau dorang duduk mana ke or berasal dari mana or dorang kerja sebagai apa tapi maksud aku korang kenal ke dorang secara lahiriah nya...pernah jumpa dorang? tau ke perangai dorang yang sebenar?


Mesti ada yang jawab tak kan? ada jugak yang cakap ya. Bagi mereka yang cakap ya tu tahniah buat korang korang memang seorang yang berhati-hati time approve kawan............


Aku pun sebenar nya tak de lah banyak kawan sangat kat fb tapi sebenary nya kadang2 aku pun mengaku bila dia or seseorang kawan fb aku ni tegur aku kat chat aku mengaku yang aku tak kenal pun dorang ni..hal ni berlaku beberap hari yang lalu.......so bila benda camni berlaku apa lagi aku buat2 kenal and layan je lah...tapi aku rasa aku memang berhati2 bila approve kawan2 fb aku..aku hanya akan approve bila aku kenal orang tu atau dia adalah salah seorang mutual friend kawan2 aku yang aku memang kenal dalam dunia realiti.  Bukan nya aku ni memilih kawan or kawan dengan orang yang pd dia cantik je tapi aku ni perempuan and dengan banyak kes2 yang berlaku kat fb macam penipuan and all of that aku rasa tak salah kalau aku ni be careful dengan orang yang aku nak kawan ye lah lebih baik aku berhati-hati dulu sebelum terkena..kalau dah terkena nak kata apa pun dah tak boleh....


setiap hari banyak post yang akan ada kat fb korang tapi bila korang pikir 2 balik ada korang baca semua post2 tu...paling tak pun korang hanya akan baca post2 kawan2 yang korang kenal je.. aku tahu sebab aku pun buat benda yang sama sebenarnya aku tak baca pun semua post tu aku just concentrate kat post2 yang penting je tapi kadang2 kalau apa yang mereka post tu menarik perhatian aku baca lah gak........


Tapi aku tabik lah orang2 yang selalu bagi nasihat ke atau post2 yang menarik tu...dapat jugak pahala...tapi bukan aku lah kot......


pape pun semenjak dua menjak ni banyak lah aku dengar orang nak remove friends.......remove 2 jugak tapi jangan sampai ada yang kecil hati sudah.............


friendship is sweet

Assalamualaikum.....

ok aku nk buat entry ni pasal aku rindu kat kawan2 aku sebenar nya... so semenjak aku menjajakkan kaki ke universiti ni banyak lah kawan baru yang aku jumpa. Semuanya dengan macam - macam hal... but by the way ni lah first experience aku berjauhan dengan family so kawan tu lah yang jadi kan aku tak lah sedih sangat and asyik ingat kat family jer... sampai aku ni dapat gelaran 'budak homesick' dari kawan2 aku...

sepanjang hidup aku dah bermacam-macam kawan aku jumpe. tapi rasa nya baru hari tu aku tonton satu movie ni erm oh ye tajuk nya Sydney White. aku masih ingat lagi salah satu dialog dalam cerita tu 'live your live, have some fun in university and make a lot of friend because the friend that you get here will become your friend for the rest of your life....

So aku rasa aku tak da masalh dengan kawan2 aku so far and i think they will stay longer in my life....
susah nak cari kawan yang betul2 support kita dalam hidup ni dah banyak dah aku jumpa orang tak ikhlas berkawan contoh nya salah satu peristiwa semasa aku sekolah rendah aku dapat lihat mereka kawan dengan salah sorang budak(yang agak kaya dan aku tak tau lah apasal dengan dia sampai dia buat bodoh jer bile kawan2 die ni suruh dia belanja dorang macam2) bukan aku tak tau dorang kawan dengan minah tu pasal minah tu tanggung dorang sorry to say but i feel sorry for her... tak boleh nak salah kan dia jugak i think that dia cuma nak berkawan means dia lonely and she thinks that is is okay to be fool or in other word being bully just to have someone that will call her a friend of theirs

 tapi beberapa tahun aku ni bukan tu je jenis kawan yang aku jumpa. Bila aku start sekolah menengah aku jumpa pulak mereka yang memilih kawan disebabkan minah tu cantik, pandai and popular... erm ingat kan benda macam ni berlaku kat filem jer rupa nya kat luar pun macam ni. Sedar lah benda macam ni memang sedang berlaku dan masih berlaku...even korang pun kadang2 pilih kawan pasal hal macam ni kan? aku cakap macam tu sebab kadang2 aku pun buat hal yang sama..tapi alhamdullilah aku jumpa kawan yang ok masa di sekolah menegah memang kami ada bergaduh tapi mana ada persahabatan tu yang baik je kan mesti korang jugak pernah gaduh dengan kawan baik korang. Cakap pasal gaduh aku ingat lagi aku pernah gaduh dengan kawan baik aku sampai tak bertegur sapa sampai sebulan teruk kan.. sebab gaduh erm aku pun tak pasti tak payah lah pun aku nak siasat sebab aku dengan dia sekarang ni masih baik malah bertambah baik...


kalau lelaki bergaduh dorang ni akan cepat berbaik setuju atau tidak? tapi perempuan payah sangat kan senang dengan ucapan maaf boleh selsesai kan segalanya bukan lah aku nak cakap kita boleh senang-senang je maaf kan orang tapi kan senag kalau kita sebagai perempuan boleh maaf kan kesalahan kawan kita dengan senang i mean tak payah lah nak buat perang dunia ketiga....


Tapi yang paling shocking nya ialah baru2 ni aku baru tau satu fakta yang aku sendiri pun tak pasti betul atau tidak...salah sorang kawan aku ada cakap yang perempuan ni boleh lupakan kawan baik kalau dia tengah sedap bercinta...Aku dah macam betul ke? kenapa macam tu.. bukan ke kawan tu adalah teman yang paling rapat selepas family jangan kerana orang tersayang lupakan kawan..sebab akhir nya nanty siapa yang akan dengar masalh kita dengan bf kalau bukan kawan or family and siapa yang akan sokong kita kalau bukan kawan....aku cuma minta aku tak lah jadi macam ni.... rasa takut pun ada...


bagi aku kawan tu bukan senang nak cari lebih2 lagi yang layan kita or anggap kita macam family maksud aku   kawan yang gelak dengan kita tu memang ramai tapi kawan yang ada masa kita gagal test ke? tak siap assignment ke ataupun time2 poket kita tengah kering and dorang akan tolong bayar makanan kita sambil kata "sharing is caring" tu lah susah nak dapat so my advice kalau korang ada kawan macam tu korang ikat dorang kuat2 macam mana korang sayang bf korang..bye




Assalamualaikum..............

so nak dikatakan dah berapa lama aku dah tak update blog aku ni...erm malas satu, satu lagi oleh kerana beruk band yang aku guna terlampau lah lembab yang amat so malas aku nak buka.. so 2 minggu yang lalu salah satu kawan aku telah setting broadband aku so sekarang dah jadi pantas haha thanks you...

so aku pun suruh adik aku design blog aku balik secara total..and semua keje2 design ni die yang buat. kalau nak harap kan aku memang tak lah.. aku malas nak design 2 ni and second aku memang tak reti..... erm maklum lah pasal hal2 macam ni aku memang malas nak belajar

So malam ni aku pun start lah nk tulis entry... nk dibuat kan cerita memang banyak yang dah jadi dengan hidup aku semenjak beberapa bulan ni... macam2 pengalaman  baru yang aku dapat sama ada berdepan dengan manusia ataupun benda lain...(long story)

So welcome back fyzzy Fyzah.........................................